Friday, May 30, 2014

Aktiviti | Jom bantu GAZA!

Islamic Relief sudah lama berada di Gaza. Memiliki 5 pejabat tetap dan lebih dari 100 pekerja sepenuh masa di Palestin. Kami juga melakukan kerja-kerja kemanusiaan mengikut "SOP" ANTARABANGSA. 

Sebagai contoh Sekolah Um Alqura yang dibaikpulih oleh Islamic Relief apabila ianya musah teruk semasa pengeboman pada November 2012. Sekolah ini menepatkan 900 pelajar hasil daripada bantuan anda semua.

Sokong ANDA amat bermakna pada kami, teruskan membantu. 


Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIE!

http://islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah/


Wednesday, May 28, 2014

Fakta | Hasan Al Banna

Semasa berumur 9 tahun Hasan Al Banna sudah membiasakan dirinya dengan berpuasa sunat dan sembahyang tahajud pada tengah malam. Kehidupan hariannya dibahagikan
kepada 4 bahagian. Pada waktu pagi beliau pergi sekolah, pulang dari sekolah menolong bapanya di kedai membaiki jam, pada waktu malam mengulangkaji pelajaran sekolah dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.

Ayahnya selalu berpesan membaca Quran itu ibarat berhutang dengan Tuhan mesti dijelaskan setiap hari. Ketika berumur 12 tahun Hasan Al Banna sudah dapat menghafal separuh Al Quran dan ketika berumur 14 tahun beliau sudah dapat menghafal seluruh kandungan al Quran. Hebatnya Hasan Al Banna…

Tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh dan ramai lagi, mereka mengamalkan solat tahajud, puasa sunat dan membaca al Quran.

Bagaimana pula dengan kita yang juga bercita-cita menjadi pejuang Islam?

#tips > dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.


Sunday, May 25, 2014

Saladin | MARKAS

[AWAS] Markas Saladin akan dibuka tidak lama lagi.

=================

Desas-desus mengatakan markas tersebut dengan kerjasama sebuah lagi syarikat akan mengadakan satu upacara perasmian pembukaan pada awal bulan Jun nanti khusus untuk Saladin Rekrut. 

Namun,markas Saladin yang bertempat di Subang Jaya itu menegaskan, hanya individu terpilih dan bertuah sahaja bakal dijemput ke majlis yang penuh gilang-gemilang itu.

Majlis itu akan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah, tayangan video dan juga santapan kepada para tetamu yang hadir.

(abaikan segala hiperbola di atas, kepada semua rakan2 saya yang serius ingin hadir majlis serba sederhana pada awal bulan 6 nanti, sila komen dibawah atau pm kami. Kami nak hantar jemputan. Terhad pada 50 orang sahaja)

P/s : lakaran asal pereka dalaman juga mungkin amat berbeza dengan keadaan sebenar.

#saladinclothing #saladin #markassaladin #saladinrekrut


Friday, May 23, 2014

Mahu Ikut?

Selamat pagi semua. 

Sapa nk ikut misi kemanusiaan Saladin?

Terhad kpd mereka yg x tidur lepas Subuh sahaja. 

Photo: Selamat pagi semua. Sapa nk ikut misi kemanusiaan Saladin? Terhad kpd mereka yg x tidur lepas Subuh sahaja. :)

Friday, May 16, 2014

Tazkirah | The day of resurrection

MasyaAllah. Every each of us will be resurrected. 


Semoga Allah ampunkan dosa kita dan ampuni semua kelalaian yang kita dah lakukan pada hari ni dengan melihat video ni dan sebarkan. Hidayah milik Allah. Ramai masuk Islam kerana video ini. Amin. 

:')

Sunday, May 11, 2014

Tazkirah | Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Friday, May 9, 2014

SALADIN | Mari mengecat!

Aktiviti hari ini! Mengecat!

Team Saladin xde keje nk buat hari ni. So pagi2 lagi dah mengecat pagar depan markas kami ni. Dah karat teruk. Kami nak yg terbaik untuk semua yg nk dtg nanti :)=

Semestinya hijau pilihan kami, hehe. 

#saladin #saladinclothing #hijau #cat

Photo: Aktiviti hari ini! Mengecat!

Team Saladin xde keje nk buat hari ni. So pagi2 lagi dah mengecat pagar depan markas kami ni. Dah karat teruk. Kami nak yg terbaik untuk semua yg nk dtg nanti :)=

Semestinya hijau pilihan kami, hehe. 

#saladin #saladinclothing #hijau #cat

Saturday, May 3, 2014

Fakta | Baitul Maqdis

Info pagi Saladin.
Antara sahabat nabi yang pernah datang atau pun tinggal di Baitul Maqdis ialah:

1. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
2. Muaz bin Jabal
3. Bilal bin Rabah
4. Iyadh bin Qhanmi Al-Fahri
5. Ubadah bin As-Somit
6. Tamim Ad-Dari
7. Abdullah bin Salam
8. Syaddad bin Aus
9. Abu Hurairah bin Abdul Rahman
10. Abu Ubai

SALADIN | Trip Saladin

This is Janda terBaik!

Alhamdulillah dah selesai trip kali ni. Banyak perkembangan dan penambaikan dilaksanakan. Sesi taaruf, musyawwarah, istirehat, sambil berkhidmat di kawasan setempat. 

Terima kasih xterhingga kami ucapkan kepada yg terlibat terutama dari pihak penaja yang melihat potensi kami. Xkan kami sia-siakan peluang ini. Jzkk. Doakan kami istiqamah,

Khidmat itu Nikmat.