Saturday, April 26, 2014

Tazkirah | Hasan Al Banna

Semasa berumur 9 tahun Hasan Al Banna sudah membiasakan dirinya dengan berpuasa sunat dan sembahyang tahajud pada tengah malam. Kehidupan hariannya dibahagikan
kepada 4 bahagian. Pada waktu pagi beliau pergi sekolah, pulang dari sekolah menolong bapanya di kedai membaiki jam, pada waktu malam mengulangkaji pelajaran sekolah dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.

Ayahnya selalu berpesan membaca Quran itu ibarat berhutang dengan Tuhan mesti dijelaskan setiap hari. Ketika berumur 12 tahun Hasan Al Banna sudah dapat menghafal separuh Al Quran dan ketika berumur 14 tahun beliau sudah dapat menghafal seluruh kandungan al Quran. Hebatnya Hasan Al Banna…

Tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh dan ramai lagi, mereka mengamalkan solat tahajud, puasa sunat dan membaca al Quran.

Bagaimana pula dengan kita yang juga bercita-cita menjadi pejuang Islam?

#tips > dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.

Saturday, April 19, 2014

Tazkirah | Berilah yang terbaik untuk dapat yang terbaik

Kita sebagai manusia yang berakal sepatutnya boleh membezakan apa yang baik dan buruk. Jikalau nak menderma tu pakailah logik akali dimindamu sedikit. Berilah yang terbaik untuk dapat yang terbaik.

Tazkirah | Tiada alasan tidak bersolat dimana sahaja

Admin selalu keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah diwaktu cuti dan alangkah indahnya jikalau semua umat Islam berbuat sebegini bila tibanya waktu? like jika anda setuju. 

Friday, April 18, 2014

Fakta | Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Photo: Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Tips | Tshirt print #1

Tshirt print #1 
This is where it all started. We print the design that we desire and transfer them to tracing paper. What's next? Stay tune. 

Tuesday, April 15, 2014

Tazkirah | Pekerjaan

Tazkirah | Pekerjaan

Pilihlah pekerjaan yang diredhai.. Itulah jawapannya.. Xd istilah makan gaji or berniaga lagi baik. Kerana hakikatnya dua2 saling memerlukan. Asalkan Habluminallah dan Habluminannas itu terjaga, dan yakin sumber rezeki tu halal, buatlah. 

Photo: Bisnes itu susah...

Friday, April 11, 2014

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Sihat sebelum sakit.
Muda sebelum tua.
Kaya sebelum miskin.
Lapang sebelum sempit.
Hidup sebelum mati.

Rindu nak dengar lagu2 raihan. Ke mana perginya lagu2 nasyid yang syahdu dan dekat dengan hati anak2 muda. Rabithah hati, doa dhuha, 25 rasul, sifat 20, asma ul-husna hampir mustahil nak dihafal tanpa irama yang menarik. 

Friday, April 4, 2014

Fakta | Sejarah yang dilupakan...

Fakta | Sejarah yang dilupakan...

Photo: Sejarah yang dilupakan...

Semasa Ireland dimamah kebuluran kira-kira 160 tahun dahulu, Daulah Uthmaniyah Turki telah sudi memberi bantuan melalui sumbangan kewangan sebanyak Sterling 1,000 (atau nilai kini, kira-kira USD 1,052,000 ) bersama 3 buah kapal yang sarat dengan bekalan makanan. 

Republik Ireland telah dilanda kebuluran dan epidemik penyakit di antara 1845 dan 1849. Malapetaka yang dikenali sebagai 'the Great Hunger' ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta orang meninggal dunia akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran dan lebih daripada satu juta rakyat Ireland telah melarikan diri, terutamanya ke Amerika Syarikat, England , Kanada, dan Australia.

Pemerintah Islam Daulah Uthmaniyyah pada ketika itu, Sultan Abdul Majid menyatakan hasratnya untuk menghantar £ 10,000 sterling kepada para petani di Ireland tetapi Queen Victoria meminta agar Sultan menghantar hanya £ 1000 sterling, kerana dia sendiri telah menghantar hanya £ 2000 sterling. Sultan memutuskan untuk menghantar £ 1000 sterling sahaja tetapi dalam diam-diam, Baginda telah menghantar 3 kapal penuh dengan bekalan makanan . Pentadbiran British cuba menghalang kapal-kapal tersebut tetapi makanan itu tiba secara rahsia di pelabuhan Drogheda (di sebelah timur pantai Ireland).

Bukti sikap murah hati dari pemerintah Islam untuk sebuah negara Kristian ini adalah penting terutamanya di kala umat Islam kerap dituduh tidak adil kerana melanggar hak asasi manusia. 

Sumber :

http://abiggersociety.com/how-quickly-we-forget-how-muslims-helped-ireland-during-the-great-famine/

Juga lihat bukti kenangannya di Ireland sekarang :

https://www.facebook.com/pages/Drogheda-United-FC/113712411972402

Thursday, April 3, 2014

Saladin | INSPIRASI SEBAIK-BAIK MANUSIA

===Jenis Tempahan===
✦Promo Sehelai : RM55 sahaja 
✦Promo Double : RM100 sahaja (2helai)
✦Promosi Borong: RM45 sahaja (min 10 Helai

✧ Terhad kepada 100 helai pertama sahaja
✧ 7 Hari Sahaja Tempahan Dibuka [27 Mac – 2 April 2014]
✧ Delivery Poslaju--> [24,25,26 April 2013]

✓ Material 100% cotton. (210 gsm)
✓ Cetakan silkscreen
✓ PERCUMA penghantaran (sekitar Lembah Klang)
======================

Cara-cara pembelian
1.Sila isikan butiran anda: 

------Maklumat Peribadi Anda- -----
Nama: 
Alamat Penerima: 
Phone: 
Email:

------Maklumat Tempahan & Saiz------
Jenis Tempahan: 
Saiz Baju: 
Bilangan Keseluruhan Tempahan:

Carta saiz baju boleh rujuk link berikut -->http://tinyurl.com/ndbqkwv

======================

2. Butiran Pembayaran Anda 
-Sila buat bayaran penuh pada akaun ini terlebih dahulu (Zainolabidin) *CIMB (12360032360523) **simpan resit anda!
-Upload slip pembayaran anda ke inbox/email saladin. 
-Untuk online banking,masukkan email saladinclothing@gmail.com

Nanti dah trasnfer PM kami semula ya. Attach resit di sini untuk bukti transaksi

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi/whatsapp kami di 019-4457443 / 013-6543541

www.saladinclothing.com

:)=