Friday, September 19, 2014

Tazkirah | Hubungan dengan Binatang

Binatang itu makhluk yang dimuliakan, ia kerana Allah menyayangi binatang-binatang itu. 

Memberinya makan dan minum bila dia lapar dan haus adalah antara adab terhadap binatang yang dituntut.

Rasulullah saw pernah mengingatkan dan sabdanya yang bermaksud, “ Pada setiap makhluk yang punya perut, ada pahala.”

Kata Rasulullah saw lagi, “Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi, maka segala yang ada di langit akan menyayangimu.”

Baginda juga bersabda, “ Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak disayangi.” (HR Bukhari)

Photo: #komikabunuwas

******
”TERKINI! Tajaan untuk #ShoppingRaya2014 telah dibuka : http://bit.ly/ShoppingRaya2014

Abu Nuwas oleh Ahmedfani - Fanikatun.com - A Cartoon Blog untuk Projek Iqra'

Layari & LIKE : www.fb.com/projekiqra | www.projekiqra.com

Saturday, September 13, 2014

Saturday, August 2, 2014

Tazkirah | Minta Maaf

Kita meminta maaf dan kita maafkan mereka. Semoga ini menjadi amalan kita.
“The first to apologize is the bravest, the first to forgive is the strongest, and the first to forget is the happiest.- Saidina Ali (كرم الله وجهه)

Photo: ‎“The first to apologize is the bravest, the first to forgive is the strongest, and the first to forget is the happiest.- Saidina Ali (كرم الله وجهه)‎

Thursday, July 31, 2014

SALADIN | One question

Wake up every morning and ask ourselves everyday, 

"How can I help the community around me?

Saturday, July 26, 2014

Tazkirah | REVERSIBLE

Ini mengingatkan admin pada sebuah kisah 2 orang hamba Allah yang diillustrasikan menjadi satu visual yang senang difahami seperti ini.

Photo: REVERSIBLE...

Friday, July 18, 2014

Aktiviti | berada diUnikl MIAT

Assalamualaikum. Sekarang Tim Saladin berada di Unikl MiAT. Silalah serbu mengikut nafsu anda. Siapa cepat dia dapat. Mohon yang tak dapat datang rasa susah hati. Kirim la kat kawan kalau nak jugak. Harga berpatutan. Untuk yang mintak harga member2, insyaAllah tak dapat. Sebab memang dah murah.

Dibuka sekarang hingga jam 5 petang.

www.saladinclothing.com

Photo: Assalamualaikum. Sekarang Tim Saladin berada di Unikl MiAT. Silalah serbu mengikut nafsu anda. Siapa cepat dia dapat. Mohon yang tak dapat datang rasa susah hati. Kirim la kat kawan kalau nak jugak. Harga berpatutan. Untuk yang mintak harga member2, insyaAllah tak dapat. Sebab memang dah murah.

Dibuka sekarang hingga jam 5 petang.

www.saladinclothing.com

Sunday, July 13, 2014

Tips | Business & Volunteer

In the business world and the volunteer world, each job has certain requirements that must be met in order for that job to be done properly and for that organization to survive and prosper.
- Ron D. Burton

Tazkirah | Musibah

"Apabila ditimpa musibah,tenang.... bukannya membuat kecoh & saling tuduh menuduh dengan memaki hamun di laman sosial. Sikap ini bukan saja akan mengeruhkan keadaan malah menambahkan dosa saja," -Penceramah & Pakar motivasi Datuk Mohd Zawawi Yusoh.

Friday, July 11, 2014

SALADIN | Message

Desire starts your thinking & action. 
Think about others, your life will be wonderful.

Join volunteerism.

Thursday, July 10, 2014

Saturday, July 5, 2014

SALADIN | Penting Sangat

[Adakah anda rajin berdoa? Doa pun ada strategi]

Salam semua. Ya! Itulah soalan saya kepada anda hari ini. Adakah anda rajin berdoa? 

Persoalan yang saya mahu tanya sebelumnya adalah, Adakah anda yakin yang anda mempunyai keinginan atau kemahuan di atas doa-doa anda? 

Maksud saya begini, most people berdoa kerana ala-ala dah biasa lepas solat berdoa dan ramai yang berdoa samada bahasa arab yang mereka sendiri kurang fahami apa yang didoakan atau agak-agak sahaja, atau mereka hanya meng "amin" kan doa orang lain, atau mereka doa ala-kadar tanpa di sertai dengan kesungguhan bukan sekadar di mulut tetapi dengan hati. Lagi teruk adalah yang tidak suka berdoa atau tidak pernah berdoa.

The Power of DOA

Ini adalah salah satu formula kejayaan yang saya kongsikan di dalam siri-siri seminar saya. Kekuatan & kuasa yang Allah swt berikan kepada kita untuk berdoa.

Doa dan adab berdoa di dalam Islam secara saintifiknya adalah apa yang Mat Salleh heboh-hebohkan katakan tentang "The Law of Attraction" yang banyak di sebut di dalam movie "The Secret" atau bukunya. Perbezaannya adalah kefahaman kita dan keyakinan kita bila berdoa mestilah dengan beberapa kefahaman asas yang penting ini:-

1- Memahami betapa Allah swt yang Maha Menguasai langit dan bumi serta seluruh takluNya amatlah menyukai hambaNya berdoa dan memohon merintih rintih kepadaNya. Berdoa adalah satu keadaan yang menunjukkan yang kita mengakui dan menyaksikan betapa Maha HebatNya Allah swt dan Maha AgungNya Dia menjadi tempat kita mengadu dan merayu.

2- Anda pernah mendengar ayat hadia menyebut yang bermaksud, "Tuhan mengikut sangkaan hambaNya". Secara asasnya ia bermaksud apa yang kita "SANGKAKAN" atau "FIKIRKAN" adalah menjadi sesuatu yang Allah swt berikan atau makbulkan. Bahasa mudah. apa yang kita sangka itu adalah DOA. Samada sangkaan baik atau buruk, ia boleh menjadi satu DOA. Di dalam Bahasa inggerisnya, ini adalah prinsip Law Of Expectation. Apa yang kita sangka atau jangkakan itu boleh menjadi satu doa kepadaNya. Bila kita berdoa. sangat penting kita sertai dengan sangkaan dan jangkaan bahawa apa yang kita minta Insha Allah DIA akan memakbulkan. Keyakinan ini penting kerana secara sains psikologinya, orang yang yakin akan lebih mudah dapat atau lakukan apa yang dia yakini. Jadi, sangat penting bila kita berdoa, kita mesti yakin yang DIA Maha Memberikan apa yang kita hajati.

3- Faham apa yang di doakan. Ini juga faktor penting di dalam proses DOA. Ramai orang tidak faham atau tidak tahu apa butir-butir sebenar doa mereka. Gunakan bahasa Melayu jika tidak mahir atau belum menguasai bahasa Arab.

4- Konsisten kandungan doanya. Ya, ini adalah satu lagi perkara penting di dalam berdoa. Kandungnya adalah bagus sama atau konsisten. Maksudnya adalah apa yang diminta itu ada perkara yang kita sentiasa minta setiap kali kita berdoa dan ada yang mungkin tambahan mengikut hajat ketika itu.

5- Sentiasa mulakan dengan senarai puji-pujian kepada Yang Maha Kuasa dan of course selawat dan salam ke atas kekasihNya Rasulullah saw. Kita puji kekasihNya, DIA akan semakin kasih kepada kita.

6- Kemudian senaraikan apa yang kita syukurkan samada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu. Sebut dan lafazkan. Contohnya, Ya Allah, Aku bersyukur di atas nikmat nafas pagi ini Ya Allah. Aku bersyukur di atas nikmat Akal yang bagus, nikmat mata, telinga, hidung. mulut, lidah dan .......... Bagus jika senarai apa yang kita syukurkan itu ada 5-10 perkara yang kita syukurkan.

7- Senaraikan doa atau hajat yang kita sungguh-sungguh ingin mohon dan kemudian doa setiap masa beberapa kali sehari doa yang sama.

8- Penghayatan dan jiwa doa diperlukan. Jika kita rasa apa yang kita mohon adalah perkara yang sangat sangat sangat sangat penting kepada kita atau keluarga kita, pastinya kita boleh menghayatinya dan menangis ketika memohon kepadaNya.

9- Doa khusus- Doa khusus ada banyak waktu yang terbaik, selepas wudhu', ketika sujud yang terakhir dalam solat, selepas solat samada solat wajib atau yang sunat. Pendek kata, mohonlah berulang ulang kali kerana itulah The Power of Repetition. Lebih banyak kita "tergila-gilakan" apa yang kita mahukan, Insha Allah DIA akan makbulkan dengan lebih pantas mudah-mudahan.

10- "Doa" yang berlaku setiap masa. Doa sebenarnya juga berlaku secara tidak khusus atau langsung setiap masa. Bila kita berfikir, bercakap, apa yang kita rasakan di dalam hati dan perbuatan kita juga adalah DOA. Hati-hati kerana Allah swt dan malaikat sentiasa take things seriously. Maksudnya setiap masa, apa sahaja perbuatan, ucapan kita adalah direkodkan dan sentiasa mereka mahu menunaikannya, samada baik atau buruk, positif atau negatif. Sebab itu saya selalu berpesan, kita adalah umpama Magnet yang Tuhan berikan kita janji yang DIA akan beri ikut apa yang kita sangkakan. Magnetlah perkara yang baik-baik setiap hari samada melakui percakapan, fikiran dan sangkaan, perbuatan dan dalam pergaulan serta kehidupan. Kurangkan mencarut, memaki hamun, mengumpat, memfitnah, bercakap sia-sia, bercakap atau komen tentang sesuatu yang kita tidak tahu, apa yang kita share atau komen di Facebook atau media sosial atau secara on-line kerana itu semua akan menjadi "DOA" buat diri kita.

Akhir kalam. Jangan lupa tutup doa dengan selawat dan salam ke atas kekasihNya junjungan besar Rasulullah saw dan ahli keluarganya.

Most people yang berjaya yang saya kenali adalah mereka yang sangat tinggi keyakinan mereka kepada diri dan kepada kekuasaan Tuhan. Mereka yakin apa yang mereka sebutkan Insha Allah akan menjadi atau dimakbulkan.

When we believe of what we belief, the belief comes true! - Artikel ini ditulis oleh #DrAzizanOsman untuk perkongsian semua.

Silakan sebarkan untuk manfaat lebih ramai lagi jika ianya bermanfaat. Insha Allah

Saladin | JAWI

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum apa-apa, senyum dulu sikit nak tengok. Amboih manisnya.
TETAPI tetap tak boleh lawan adik comel dua orang ni. Ayah nya pulak nampak sasa bergaya ditambah dengan wajah tegas tetapi berseri. Ada rasa cemburu tak? Kalau ada boleh dapatkan segera baju 'JAWI' kami yang terhad untuk Ramadan akan datang. Kalau nak beli tapi belum kena masanya, suruh la abah ke kawan ke yang belikan apa susah hehe. :)=

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

www.saladinclothing.com

Saturday, June 21, 2014

SALADIN | Tips Bisnes

Apa kata peniaga bangsa Cina :

1) Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan 

2) Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan 

3) Semakin banyak derma dan sumbangan semakin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung 

4) Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan

5) Tidak ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.

6) Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil

7) Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"

8) Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.

9) Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.

10) Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.

Sila kongsikan kepada rakan bisnes anda!

Tazkirah | Hijab dan non-Muslim

Felixia Yeap merupakan seorang non-Muslim tetapi beliau jatuh cinta dengan hijab. Menurutnya menutup aurat membuatkan beliau rasa dilindungi dan dihormati. Allahuakbar!
Muhasabah untuk kita yang Muslim tetapi mengabaikan aurat.

Sumber: iluvislam.com

Thursday, June 19, 2014

SALADIN | Hold my hand

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Monday, June 16, 2014

SALADIN | Kem Pengakap Kelana E Sepang (Kemahiran)

Kami selesai kem kemahiran di Perdik, Pangsun. Seramai 17 orang menyertai kem ini. 

Selain ikatan, trekking, ikhtiar hidup, dan memasak, pelatih juga harus bergotong royong berkhidmat di kawasan setempat. 

Amatlah memalukan jika tempat tumpuan orang ramai dipenuhi dengan sampah sarap dan tidak terjaga. 

Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.

Photo: SALADIN | Kem Pengakap Kelana E Sepang (Kemahiran)

Semalam baru selesai kem kemahiran di Perdik, Pangsun. Seramai 17 orang menyertai kem ini. Selain ikatan, trekking, ikhtiar hidup, dan memasak, pelatih juga harus bergotong royong berkhidmat di kawasan setempat. Amatlah memalukan jika tempat tumpuan orang ramai dipenuhi dengan sampah sarap dan tidak terjaga. 

Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.

Saturday, June 7, 2014

Saladin | Goodie Beg

Bdk sek: Waaa cantik r beg ni...nak bole
Crew: biasenya org beli baju baru dapat...tp x pa lah....nanti kalau cikgu kelab nak buat baju, suruh cikgu buat kat saladinclothing.com taw....
Bdk sek: ok...waa siap ada mesej la..
Crew: hehe jgn bace je..kene amal tw
" melentur buluh biarlah dari rebungnya"
#usj #saladinrekrut #saladinclothing

Photo: Bdk sek: Waaa cantik r beg ni...nak bole
Crew: biasenya org beli baju baru dapat...tp x pa lah....nanti kalau cikgu kelab nak buat baju, suruh cikgu buat kat saladinclothing.com taw....
Bdk sek: ok...waa siap ada mesej la..
Crew: hehe jgn bace je..kene amal tw
" melentur buluh biarlah dari rebungnya"
#usj #saladinrekrut #saladinclothing

Wednesday, June 4, 2014

Saladin | Karpet Baharu

Terima kasih atas sokongan anda semua. Sekarang markas kami dah ada karpet yang serba baru!. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang terlibat. Kepada sesiapa yang hadir ke Duo Grand Opening kami sabtu ini, cubalah berguling atas karpet baru kami nanti!
#markassaladin #tff #duograndopening #subangjaya

Photo: Terima kasih atas sokongan anda semua. Sekarang markas kami dah ada karpet yang serba baru!. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang terlibat. Kepada sesiapa yang hadir ke Duo Grand Opening kami sabtu ini, cubalah berguling atas karpet baru kami nanti!
#markassaladin #tff #duograndopening #subangjaya

Sunday, June 1, 2014

Usahawan | Kisah Penjual Pizza

Sape ada masa lapang boleh la dgr. Jual pizza boleh dpt 70k sebulan kalau kene caranya. 
"Bermula dengan berniaga di pasar tani dan pasar malam, pada awalnya saya merasakan sukar untuk bersaing kerana pizza telah mempunyai jenama yang telah berdiri dengan imej sendiri."

Ketahui bagaimana Puan Faizah Othman dapat menembusi pasaran dengan menggunakan ilmu daripada program Dr. Azizan Osman.

http://youtu.be/mlM_cI29VqA

Daftar Sekarang di www.duniausahawan.com atau hubungi 019/013-2442244 untuk sebarang pertanyaan. 100% percuma sekiranya daftar 3 orang.

#DuniaUsahawan #Richworks #DrAzizanOsman

Admin AR

Friday, May 30, 2014

Aktiviti | Jom bantu GAZA!

Islamic Relief sudah lama berada di Gaza. Memiliki 5 pejabat tetap dan lebih dari 100 pekerja sepenuh masa di Palestin. Kami juga melakukan kerja-kerja kemanusiaan mengikut "SOP" ANTARABANGSA. 

Sebagai contoh Sekolah Um Alqura yang dibaikpulih oleh Islamic Relief apabila ianya musah teruk semasa pengeboman pada November 2012. Sekolah ini menepatkan 900 pelajar hasil daripada bantuan anda semua.

Sokong ANDA amat bermakna pada kami, teruskan membantu. 

Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIE!

http://islamic-relief.org.my/donate/shop/fund/mysedekah/

Wednesday, May 28, 2014

Fakta | Hasan Al Banna

Semasa berumur 9 tahun Hasan Al Banna sudah membiasakan dirinya dengan berpuasa sunat dan sembahyang tahajud pada tengah malam. Kehidupan hariannya dibahagikan
kepada 4 bahagian. Pada waktu pagi beliau pergi sekolah, pulang dari sekolah menolong bapanya di kedai membaiki jam, pada waktu malam mengulangkaji pelajaran sekolah dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.

Ayahnya selalu berpesan membaca Quran itu ibarat berhutang dengan Tuhan mesti dijelaskan setiap hari. Ketika berumur 12 tahun Hasan Al Banna sudah dapat menghafal separuh Al Quran dan ketika berumur 14 tahun beliau sudah dapat menghafal seluruh kandungan al Quran. Hebatnya Hasan Al Banna…

Tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh dan ramai lagi, mereka mengamalkan solat tahajud, puasa sunat dan membaca al Quran.

Bagaimana pula dengan kita yang juga bercita-cita menjadi pejuang Islam?

#tips > dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.

Sunday, May 25, 2014

Saladin | MARKAS

[AWAS] Markas Saladin akan dibuka tidak lama lagi.

=================

Desas-desus mengatakan markas tersebut dengan kerjasama sebuah lagi syarikat akan mengadakan satu upacara perasmian pembukaan pada awal bulan Jun nanti khusus untuk Saladin Rekrut. 

Namun,markas Saladin yang bertempat di Subang Jaya itu menegaskan, hanya individu terpilih dan bertuah sahaja bakal dijemput ke majlis yang penuh gilang-gemilang itu.

Majlis itu akan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah, tayangan video dan juga santapan kepada para tetamu yang hadir.

(abaikan segala hiperbola di atas, kepada semua rakan2 saya yang serius ingin hadir majlis serba sederhana pada awal bulan 6 nanti, sila komen dibawah atau pm kami. Kami nak hantar jemputan. Terhad pada 50 orang sahaja)

P/s : lakaran asal pereka dalaman juga mungkin amat berbeza dengan keadaan sebenar.

#saladinclothing #saladin #markassaladin #saladinrekrut

Friday, May 23, 2014

Mahu Ikut?

Selamat pagi semua. 

Sapa nk ikut misi kemanusiaan Saladin?

Terhad kpd mereka yg x tidur lepas Subuh sahaja. 

Photo: Selamat pagi semua. Sapa nk ikut misi kemanusiaan Saladin? Terhad kpd mereka yg x tidur lepas Subuh sahaja. :)

Friday, May 16, 2014

Tazkirah | The day of resurrection

MasyaAllah. Every each of us will be resurrected. 

Semoga Allah ampunkan dosa kita dan ampuni semua kelalaian yang kita dah lakukan pada hari ni dengan melihat video ni dan sebarkan. Hidayah milik Allah. Ramai masuk Islam kerana video ini. Amin. 

:')

Sunday, May 11, 2014

Tazkirah | Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Friday, May 9, 2014

SALADIN | Mari mengecat!

Aktiviti hari ini! Mengecat!

Team Saladin xde keje nk buat hari ni. So pagi2 lagi dah mengecat pagar depan markas kami ni. Dah karat teruk. Kami nak yg terbaik untuk semua yg nk dtg nanti :)=

Semestinya hijau pilihan kami, hehe. 

#saladin #saladinclothing #hijau #cat

Photo: Aktiviti hari ini! Mengecat!

Team Saladin xde keje nk buat hari ni. So pagi2 lagi dah mengecat pagar depan markas kami ni. Dah karat teruk. Kami nak yg terbaik untuk semua yg nk dtg nanti :)=

Semestinya hijau pilihan kami, hehe. 

#saladin #saladinclothing #hijau #cat

Saturday, May 3, 2014

Fakta | Baitul Maqdis

Info pagi Saladin.
Antara sahabat nabi yang pernah datang atau pun tinggal di Baitul Maqdis ialah:

1. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah
2. Muaz bin Jabal
3. Bilal bin Rabah
4. Iyadh bin Qhanmi Al-Fahri
5. Ubadah bin As-Somit
6. Tamim Ad-Dari
7. Abdullah bin Salam
8. Syaddad bin Aus
9. Abu Hurairah bin Abdul Rahman
10. Abu Ubai

SALADIN | Trip Saladin

This is Janda terBaik!

Alhamdulillah dah selesai trip kali ni. Banyak perkembangan dan penambaikan dilaksanakan. Sesi taaruf, musyawwarah, istirehat, sambil berkhidmat di kawasan setempat. 

Terima kasih xterhingga kami ucapkan kepada yg terlibat terutama dari pihak penaja yang melihat potensi kami. Xkan kami sia-siakan peluang ini. Jzkk. Doakan kami istiqamah,

Khidmat itu Nikmat.

Saturday, April 26, 2014

Tazkirah | Hasan Al Banna

Semasa berumur 9 tahun Hasan Al Banna sudah membiasakan dirinya dengan berpuasa sunat dan sembahyang tahajud pada tengah malam. Kehidupan hariannya dibahagikan
kepada 4 bahagian. Pada waktu pagi beliau pergi sekolah, pulang dari sekolah menolong bapanya di kedai membaiki jam, pada waktu malam mengulangkaji pelajaran sekolah dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.

Ayahnya selalu berpesan membaca Quran itu ibarat berhutang dengan Tuhan mesti dijelaskan setiap hari. Ketika berumur 12 tahun Hasan Al Banna sudah dapat menghafal separuh Al Quran dan ketika berumur 14 tahun beliau sudah dapat menghafal seluruh kandungan al Quran. Hebatnya Hasan Al Banna…

Tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh dan ramai lagi, mereka mengamalkan solat tahajud, puasa sunat dan membaca al Quran.

Bagaimana pula dengan kita yang juga bercita-cita menjadi pejuang Islam?

#tips > dan pada waktu pagi selepas subuh dia membaca dan menghafal Al Quran.

Saturday, April 19, 2014

Tazkirah | Berilah yang terbaik untuk dapat yang terbaik

Kita sebagai manusia yang berakal sepatutnya boleh membezakan apa yang baik dan buruk. Jikalau nak menderma tu pakailah logik akali dimindamu sedikit. Berilah yang terbaik untuk dapat yang terbaik.

Tazkirah | Tiada alasan tidak bersolat dimana sahaja

Admin selalu keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah diwaktu cuti dan alangkah indahnya jikalau semua umat Islam berbuat sebegini bila tibanya waktu? like jika anda setuju. 

Friday, April 18, 2014

Fakta | Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Fakta | Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Photo: Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Tips | Tshirt print #1

Tshirt print #1 
This is where it all started. We print the design that we desire and transfer them to tracing paper. What's next? Stay tune.